Jumaat, 28 Februari 2014

Salam Perkenalan

         Salam Sejahtera dan selamat datang kepada pengunjung blog Malaysia Oh Tanahair Ku. Sebelum blog ini melangkah lebih jauh, elok rasanya saya nyatakan tujuan blog ini dihasilkan.

         Artikel-artikel di dalam blog ini adalah berdasarkan dari sumber yang di ambil dari blog-blog,laman-laman sesawang dan juga media cetak tempatan dan luar negara yang akan saya sertakan link nya nanti.

        Artikel-artikel yang bertanda (*) pada awalnya adalah artikel yang disuarakan dari pendapat dan pandangan saya sendiri tanpa perlu saya nyatakan sumber dan bahan rujukan saya. Diharap pengunjung dan pengkritik yang membaca artikel yang bertanda (*) diawal artikel tersebut tidak mempersoalkan sumber-sumber dan bahan-bahan rujukan saya. Harap maklum.

         Dan blog ini berasaskan politik, tetapi tidak membincangkan tentang isu politik semasa. Saya tiada hak untuk membincangkan tentang isu-isu politik semasa kerana bagi saya, hanya orang yang menimbulkan isu atau orang yang terlibat dengan isu sahaja yang layak membincangkan dan mengulas tentang isu tersebut. Ini kerana sesuatu isu akan melibatkan dokumentasi dan perundangan.

            Saya sebagai rakyat yang tidak mempunyai kepentingan dalam mana-mana parti politik di Malaysia, tidak akan sesekali membincangkan sesuatu isu politik yang dikeluarkan oleh pihak yang menyokong mana-mana parti politik, dan individu-individu dari mana-mana parti politik.

           Akan tetapi, saya sebagai rakyat Malaysia yang layak dan sah untuk membuang undi, berhak keatas saya untuk memberi pendapat dan pandangan saya terhadap sesuatu isu politik yang di keluarkan oleh pihak yang menyokong mana-mana parti politik, dan individu-individu dari mana-mana parti politik.

          Sekian. Salam Sejahtera.

1 ulasan:

  1. The most enduring symbol of the Norse - titanium arts
    › tj-metal-arts › tj-metal-arts titanium ring The most enduring symbol kadangpintar of the Norse - https://deccasino.com/review/merit-casino/ titanium arts · The งานออนไลน์ most enduring symbol of the Norse - titanium arts · communitykhabar The most enduring symbol of the Norse - titanium arts.

    BalasPadam