Sabtu, 1 Mac 2014

Hayati lagu patriotik Malaysia, Oh Tanahair Ku

Salam Sejahtera,

          Sebelum saya melanjutkan penulisan blog saya, marilah kita semua menghayati sebuah lagu patriotik yang amat popular suatu ketika dahulu yang sering dimainkan di corong-corong radio dan dikaca televisyen anda.

          Sempena nama blog ini Malaysia Oh Tanahair Ku, saya memohon agar pelawat blog saya menghayati mesej yang disampaikan oleh pencipta lagu iaitu saudara Johar Bahar didalam sumbangan beliau yang diberi tajuk Malaysia, Oh Tanah Airku.

Malaysia, Oh Tanah Airku

Malaysia oh tanah airku
Tanah tempat tumpah darahku
Negeri elok amat kucinta
Yang kupuja sepanjang masa

Sawahmu terbentang meluas
Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukitmu lurusnya terbentang
Tak jemu mataku memandang

Sungguh indah di Malaysia
Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga
Terkenal di seluruh dunia

Malaysia negeriku Malaysia
Pusaka tinggalan moyangku
Tetap sentosa hidup merdeka
Malaysia oh tanah airku

Lagu & Lirik oleh: Johar Bahar

           *Lagu ringkas yang mempunyai 4 rangkap dan setiap rangkap mengandungi 4 baris ini sungguh enak dan sedap didengar.
             Walaupun begitu, lagu ini sudah amat jarang dapat didengar. Stesen-stesen radio dan televisyen lebih gemar memutar dan menyiarkan lagu-lagu yang terkini untuk meningkatkan 'rating' mereka.
             Rentaknya masih lagi saya ingat walaupun sudah bertahun saya tidak mendengarnya. Seingat saya kali terakhir saya mendengar lagu ini ialah sekitar tahun 90an. Selain dari lagu artis-artis tempatan dan antarabangsa yang selalu dihidangkan kepada rakyat Malaysia sekarang ni, lagu 'ntahapapa' dari kerajaan yang mempromosikan jabatan-jabatan dan agenda-agenda kerajaan. Tidak perlu saya bagi contoh disini kerana anda dapat hidangan itu tanpa rela sedikit pun.
              Lirik yang ringkas, rentak yang enak didengar dan mesej yang mudah adalah keutamaan setiap lagu yang bertemakan patriotik. Apa yang saya suka akan lagu ini dan menjadikannya sebagai tema blog saya adalah kerana ianya tidak sedikit pun menyebut tentang kaum-kaum yang ada di Malaysia.
              Jika ada yang mempersoalkan lagu ini ada menyebut tentang kaum brdasarkan rangkap ke4 baris ke2 iaitu "pusaka tinggalan moyangku"dan lagu ini pula di karang di dalam bahasa Melayu, saya tidak pula menemui sebarang larangan dari pencipta atau pihak-pihak tertentu yang menyatakan bahawa lagu ini tidak boleh di alih bahasa ke mana-mana bahasa yang ada di Malaysia ini.
            Berbeza pula dengan sebuah lagu yang yang menjadi ikon kepada Malaysia iaitu lagu 'Negaraku' yang mengundang kontroversi pada suatu ketika dahulu. Berkenaan dengan lagu 'Negaraku' akan saya berikan sumber rujukan saya dan pendapat pada post yang akan datang.
             Bagi saya, lagu ini menceritakan tentang beberapa kelebihan yang ada di Malaysia. Pertamanya adalah bentuk geografi Malaysia. Ini adalah berdasarkan pada rangkap pertama baris ke3, rangkap ke2 baris 1-3.
             Pada rangkap pertama baris ke3 menyebut "Negeri elok amat ku cinta" adalah satu 'statement' untuk menyokong maksud pada rangkap ke2 nanti. Pada baris ini juga memberi gambaran bahawa Malaysia yang terbahagi kepada beberapa buah negeri mempunyai bentuk muka bumi rata yang luas dan komposisi tanah yang sesuai untuk ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan dan tanaman. Tidak perlu rasanya saya berikan contoh kerana hasilnya sudah anda dapat nikmati pada hari ini, seperti tanaman yang pada suatu ketika dahulu dianggap mustahil ditanam di Malaysia. Anggur di Perak, strawberi di Genting Highland, epal di Sabah dan beberapa lagi tanaman akan bakal menyusul.
              Pada rangkap ke2 baris pertama menyebut "Sawahmu terbentang meluas" mengambarkan bahawa 'sawah' iaitu panggilan orang Malaysia pada tempat untuk menanam padi dibuat secara meluas menjangkau puluhan ekar setiap tempat. Padi adalah satu tanaman yang memerlukan air yang banyak pada masa-masa tertentu dan langsung tidak pula memerlukan air ketika menuainya. Ini berbeza dengan tanaman yang seakannya iaitu gandum. Ini menunjukkan bahawa sumber aliran air dan komposisi tanah untuk sawah adalah unik.
                Untuk tanaman padi, komposisi tanah yang sesuai adalah tanah yang dapat menampung air. Manakala aliran air yang dapat dikawal dari anak-anak sungai pula memerlukan anak-anak sungai yang dalam. Ini kerana, bila sawah tidak memerlukan air ketika musim menuai, sumber aliran air akan ditutup dan akan menyebabkan paras air pada anak-anak sungai akan meningkat secara mendadak.
                  "Tumbuh-tumbuhan hijau merendang" pula merujuk kepada iklim di Malaysia. Sebagaimana kita semua sedia maklum iklim di Malaysia adalah iklim khatulistiwa, iklim khatulistiwa meyumbang hujan yang banyak setiapa tahun dan suhu panas dan sejuk yang seimbang. Keadaan ini boleh menyumbang kepada pertumbuhan pokok dengan cepat,besar,tinggi dan daun yang lebat.
                "Bukitmu lurusnya terbentang" adalah Banjaran Titiwangsa yang merintangi pantai barat semenanjung dan pantai timur semenanjung. Apa hebatnya Banjaran Titiwangsa ni?? Pertama, pusat sumber kepada semua kehidupan iaitu air. Kedua, puncak tertinggi di semenanjung Malaysia. Ketiga, ianya menyimpan sejenis logam yang amat berharga iaitu emas.
                

              Lagu ini juga menyatakan akan dua lagi kelebihan Malaysia, hasil bumi yang banyak yang dinyatakan pada rangkap ke2 baris ke2 iaitu "Negeri yang kaya raya" dan kedudukan strategik Malaysia sebagai pusat perdagangan di peta dunia, dinyatakan pada rangkap ke2 baris ke3-4 iaitu "Pusat untuk berniaga, Terkenal diseluruh dunia".
              Malaysia mempunyai hasil bumi yang banyak dan berharga seperti minyak dan logam emas dan perak. Bagaimana dengan balak? Adakah balak salah satu hasil bumi? Bagi saya balak tidak boleh dikategorikan sebagai hasil bumi, balak boleh dikategorikan dalam hasil hutan seperti rempah ratus, tumbuhan herba dan eksotik kerana ianya boleh ditanam semula.   
                Kedudukan Malaysia yang strategik sebagai pusat perdagangan sudah lama menjadi rebutan pelbagai pihak asing.jadi rasanya tidak perlu saya mengulas lebih lanjut kerana sudah 57 tahun kita semua dihidangkan dengan kisah kemerdekaan Malaysia.

p/s: kata blog ni berasakan politik?? Apa yang politiknya tentang lagu ni???

        *Jawapan nya adalah, semua yang saya nyatakan diatas dan semua isi-isi yang tersurat dan tersirat dalam lagu tersebut telah diratah dan dilacurkan oleh sebuah kerajaan bernama UMNO/BN!!!!!!!!
          Saya sebagai rakyat yang merdeka sedang memperjuangkan kemerdekaan yang ke60 Malaysia dari kepimpinan sebuah kerajaan yang salah laku, salah urus tadbir, tidak cekap dan tidak amanah dalam menguruskan hasil dan bumi Malaysia.
             
              
                   
              

4 ulasan:

  1. Terima kasih untuk info ini, saya seorang guru muzik Amat mengkagumi lagu ini. Saya sedang cari klip video original di YouTube lagu ini, tetapi hanya dapat kan jenis cover saja .

    BalasPadam
  2. Penerbit Album: Pak Ngah
    Penggubah Muzik: YBhg Dato' Ahmad Nawab Pak Ngah Wah Idris
    Pemuzik: Swakarya
    Penyanyi Latar: Swara

    BalasPadam